Nama: Thahirah binti Shukri

Umur : 46 tahun

Ahli   : Jun 2020

Latar belakang

Beliau memulakan perniagaan kedai makan  pada bulan September 2019. Pelbagai makanan dan minuman yang djual di kedai beliau. Antara makanan yang dijual adalah seperti roti canai,roti titab, nasi kerabu kambing bakar,nasi berlauk dan sebagainya. Perniagaan beliau adalah perniagaan keluarga dimana ianya diusahakan bersama anak - anak dan suaminya.Perniagaan beliau dibuka 6 hari seminggu kecuali hari ahad dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal pembukaan kedai makan beliau, kebanyakan pelanggan adalah dari sekitar pulai chondong,saudara mara dan kenalan rapat yang mengenali beliau. Beliau menghadapi masalah untuk mempromosikan kedai makan untuk orang ramai lebih mengenali.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mempromosikan kedai makan beliau melalui Facebook beliau iaitu Warung Pohon Nyior. Kedai makan beliau kini semakin dikenali.Ramai pelanggan yang datang ke kedai beliau walaupun dari luar Daerah Pulai Chondong Hasil pendapatan beliau kini semakin meningkat. Anggaran pendapatan beliau antara RM2000 hingga RM4000 sebulan.

Nama: Amrinee binti Ghazi

Umur : 39 tahun

Ahli   : Jul 2020

 

Latar belakang

Mempelajari dan menimba pengalaman dalam bidang masakan Itali Tambahan pula, Suami beliau adalah warganegara Itali. Beliau bersama suami dan anak-anaknya pulang ke Malaysia dan menetap di Kelantan.Disinilah tercetus idea untuk memperkenalkan masakan Itali kepada masyarakat setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaannya,beliau memperkenalkan masakan Itali kepada rakan-rakan,adik beradik dan jiran-jirannya terdekat. Ini kerana beliau ingin mendapat maklumbalas tentang masakan Itali dari masyarakat setempat. Beliau juga mempelbagaikan jenis masakan khususnya masakan Itali untuk dipromosikan kepada  masyarakat setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini beliau memperluaskan promosi masakan Itali melalui media sosial seperti whatsapp,Facebook,Instagram dan sebagainya. Pelbagai tempahan yang diterima oleh beliau setelah mempromosikan di Media Sosial. Bagi beliau, Dengan adanya sistem butang “share” secara tidak langsung,ianya menjadikan salah satu cara penyebaran berita tentang produk kami. Kini pendapatan beliau antara RM2000 hingga RM3000

Nama: Siti Hajar binti Abdul Razak

Umur : 35 tahun

Ahli   : Mac 2020

Latar belakang

Pada permulaannya, beliau bukanlah seorang usahawan hanyalah bekerja dengan orang.Oleh kerana pengalaman beliau bekerja dengan orang, beliau telah berhenti bekerja dan mula mengorak langkah untuk membuka perniagaan sendiri, Pada tahun 2007,beliau memulakan perniagaan sebagai wakil takaful dan insuran kenderaan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Kebanyakan pelanggan adalah terdiri dari saudara mara,kenalan rapat yang hanya mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mengikuti latihan di Pusat Internet Pulai Chondong,perkhidmatan jualan beliau semakin meningkat dan beliau semakin dikenali bukan sahaja dari kenalan rapat bahkan kawasan sekitar dari luar daerah. Pendapatan beliau juga meningkat antara RM1000 – RM2000 sebulan.

 

Nama: Ahmad Aliff Asyraf bin Mohd Nafi

Umur : 20 tahun

Ahli   : Julai 2017

 

Latar belakang

Anak kelima dari 6 beradik merupakan antara pengunjung yang aktif ke Pusat Internet. Beliau diperkenalkan oleh kawan baik beliau yang juga merupakan rakan sekelasanya ketika belajar di Sekolah Agama . Semenjak dari itu, beliau akan datang kesini terutama selepas waktu persekolahan atau hujung minggu jika ada kelapangan masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaannya, pandangan beliau hanya tertumpu kepada internet dan komputer sahaja. Ianya adalah perkara yang menyeronokkan dan tidak terlintas bahawasanya teknologi maklumat ini banyak kebaikannya dan tidak disalahgunakan.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengenali Pusat Internet, beliau telah memahami bahawasanya teknologi maklumat amatlah luas dan tidak tertumpu pada satu perkara sahaja. Dari situ,pandangan beliau telah berubah dan kemahiran beliau meningkat semenjak mengikuti program di Pusat Internet.

 

Latar belakang

 

Anak kelima dari 6 beradik merupakan antara pengunjung yang aktif ke Pusat Internet. Beliau diperkenalkan oleh kawan baik beliau yang juga merupakan rakan sekelasanya ketika belajar di Sekolah Agama . Semenjak dari itu, beliau akan datang kesini terutama selepas waktu persekolahan atau hujung minggu jika ada kelapangan masa.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pada permulaannya, pandangan beliau hanya tertumpu kepada internet dan komputer sahaja. Ianya adalah perkara yang menyeronokkan dan tidak terlintas bahawasanya teknologi maklumat ini banyak kebaikannya dan tidak disalahgunakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah mengenali Pusat Internet, beliau telah memahami bahawasanya teknologi maklumat amatlah luas dan tidak tertumpu pada satu perkara sahaja. Dari situ,pandangan beliau telah berubah dan kemahiran beliau meningkat semenjak mengikuti program di Pusat Internet.

 

Nama: Hasmin Aidil bin Abdul Rahman

Umur : 40 tahun

Ahli   : Mac 2018

Latar belakang

Nasi kukus Idi Mache telah ditubuhkan pada Julai 2010. Pada awal pembukaannya, beliau hanya bermodalkan RM500 dan  membuka gerai di tepi jalan.Segala kelengkapan dan peralatan memasak beliau  meminjam dari orang kampung dan adik beradik. Nasi kukus ayam adalah salah satu hasil idea ciptaan beliau untuk dijual di Machang.  Ini kerana pada ketika itu tiada lagi nasi kukus di Machang dan ramai orang akan pergi ke Tanah Merah untuk dapatkannya.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum  diperkenalkan melalui internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah dari sekitar Bandar Machang dan orang yang mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mempromosikan nasi kukus melalui media sosial, peningkatan dari segi pelanggan semakin ramai bukan sahaja dari sekitar Machang malah dari jauh datang untuk merasai nasi kukus beliau. Kini pendapatan beliau meningkat antara RM1000-RM2000  sebulan