Nama: Rahim bin Yusoff

Umur : 52 tahun

Ahli : Januari 2017

Latar belakang

Beliau merupakan bekas atlit yang mewakili Malaysia dalam sukan lompat tinggi di Kejohanan Asia Para Games di Hanoi Vietnam pada tahun 2003 dan pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter dengan catatan 13 saat yang beliau lakukan di Para Games Kuala Lumpur. Beliau juga telah melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran iaitu menjahit. di Pusat Latihan Orang Cacat di Cheras pada tahun 1989 selama setahun dan pengalaman bekerja selama 2 tahun di Kedai Jahit Pengusaha Cina di Kuala Lumpur selepas tamat latihan. Setelah bersara, beliau telah membuka perniagaan menjahit pakaian dan menjual telur itik di Kedai Pulai Chondong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1500 – RM2000 sahaja sebulan. Kebanyakan pelanggan yang datang adalah terdiri dari pelanggan tetap dan juga sekitar kawasan Pulai Chondong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan dan hasil produk beliau. Pelanggan beliau bukan sahaja terdiri dari seluruh kawasan Pulai Chondong malah ada yang datang dari luar kawasan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

Nama: Mohd Zamri bin Sahak

Umur : 45 tahun

Ahli   : Mei 2017

Latar Belakang

En Zamri memulakan perniagaan menjual produk penapis air semenjak 5 tahun lalu. Pada permulaannya, beliau perlu berhadapan dengan cabaran yang mana ramai yang tidak mengetahui tentang penapis air coway. Memandangkan produk ini adalah baru terdapat di pasaran. Beliau berusaha gigih mempromosikan produk tersebut bersama dengan ahli pasukannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan pendapatan beliau adalah antara RM3000 hingga RM4000. Pelanggan beliau adalah dikalangan mereka yang mengenali beliau dan yang memahami penapis air bersih coway.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong,beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk penapis air bersih coway. Ahli pasukan beliau semakin bertambah. Pelanggan beliau dari pelbagai jenis bangsa yang mana mereka mengetahui produk beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM5000 – RM10000.

 

Nama: Rohani binti Abdul Razak

Umur : 52 tahun

Ahli   : Disember 2013

Latar belakang

Beliau merupakan seorang ibu tunggal mempunyai 3 orang anak. Beliau berpengalaman sebagai seorang tukang jahit selama lebih 20 tahun. Pada permulaannya,beliau mengikuti kursus menjahit anjuran risda kemudian mengikuti kursus anjuran kemas selama 2 tahun. Selepas itu,beliau mula menerima tempahan jahitan pakaian dengan orang ramai

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau permulaan adalah sekitar RM700 hingga RM1000 sebulan. Pelanggan yang datang ke kedai beliau adalah pelanggan tetap dan jumlahnya amatlah terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan program-program yang  dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jahitan beliau . Pelanggan beliau bukan sahaja dari pelanggan tetap malah pelanggan beliau yang membuat tempahan baju adalah luar dari daerah Pulai Chondong. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2000 sebulan.

Nama : Nor Nazren Syafira binti Razali

Umur  : 22 tahun

Ahli    : Mac 2016

Latar belakang

Ketika masih bergelar sebagai seorang pelajar lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad lagi, Beliau amat meminati komputer dan internet. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau mencari inisiatif menambah ilmu pengetahuan berkenaan teknologi maklumat. Anak ke 5 dari 10 beradik ini adalah pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan pembelajaran teknologi maklumat pada ketika itu. Sehingga kini,beliau masih lagi mengikuti latihan seperti latihan keusahawanan dan e-rezeki walaupun tamat belajar peringkat diploma akauntan di Politeknik Kota Bharu pada April 2017. Kini beliau selalu berkunjung ke Pusat Internet Pulai Chondong untuk mengisi kekosongan kerja secara atas talian.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada permulaannya beliau tidak mengenali apa itu komputer dan internet. Beliau hanya mengenali tetapi tidak pernah menggunakannya. Pada permulaannya, susah untuk beliau untuk mengendalikan komputer serta menggunakkan email sebagai medium menghantar maklumat bagi mengantikan surat dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti latihan dan pembelajaran ict di Pusat Internet Pulai Chondong. Beliau mengenali apa itu internet dengan cara bijak menggunakannya. Cara mengendalikan komputer dan cara penjagaannya,email sebagai medium penghantaran maklumat mengantikan surat serta cara komunikasi di media sosial.

Nama: Minhazudin bin Mohd Zaid

Umur : 26 tahun

Ahli   : June 2016

Latar belakang

Pada usia 20 tahun lagi, beliau bersama ayahnya menguruskan perniagaan pengiklanan dan percetakan. Tambahan pula, beliau lebih suka bekerja sendiri dari makan gaji. Beliau juga mempunyai visi dan misi bagaimana hendak memajukan perniagaan dan berkembang dengan lebih pesat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan perniagaan hanya sekitar RM5000 – RM6000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan beliau adalah terdiri dari orang perseorangan, badan swasta dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini bergiat aktif dalam media sosial seperti facebook,
whatsapp dan sebagainya yang mana dapat mempromosikan perkhidmatan pengiklanan dan percetakan beliau. Pelanggan beliau dari daripada lapisan
masyarakat dan pelbagai sektor yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini
mencecah RM7000 – RM8000.