Nama: Amrinee binti Ghazi Umur : 39 tahun Ahli : Jul 2020 |
Latar belakang
Mempelajari dan menimba pengalaman dalam bidang masakan Itali Tambahan pula, Suami beliau adalah warganegara Itali. Beliau bersama suami dan anak-anaknya pulang ke Malaysia dan menetap di Kelantan.Disinilah tercetus idea untuk memperkenalkan masakan Itali kepada masyarakat setempat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada permulaannya,beliau memperkenalkan masakan Itali kepada rakan-rakan,adik beradik dan jiran-jirannya terdekat. Ini kerana beliau ingin mendapat maklumbalas tentang masakan Itali dari masyarakat setempat. Beliau juga mempelbagaikan jenis masakan khususnya masakan Itali untuk dipromosikan kepada masyarakat setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini beliau memperluaskan promosi masakan Itali melalui media sosial seperti whatsapp,Facebook,Instagram dan sebagainya. Pelbagai tempahan yang diterima oleh beliau setelah mempromosikan di Media Sosial. Bagi beliau, Dengan adanya sistem butang “share” secara tidak langsung,ianya menjadikan salah satu cara penyebaran berita tentang produk kami. Kini pendapatan beliau antara RM2000 hingga RM3000