Nama: Noor Hazirayanti binti Mohd Fauzi

Umur : 38 tahun

Ahli   : Ogos 2020

Latar belakang

Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan mengembangkan perniagaan pada tahun 2020. Terdapat pelbagai jenis tudung mengikut saiz,warna jenama dan corak terkini dijual di kedai beliau. Beliau juga membuat tunai penghantaran dari rumah ke rumah mengikut jarak penghantaran dan penghantaran secara pos sekiranya jauh. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM3000 sahaja sebulan dan mendapat sambutan pada musim perayaan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah mereka yang terdiri dari pelbagai jenis golongan seperti kakitangan kerajaan dan swasta ,orang perseorangan serta sebagainya yang mengenali beliau. Tambahan pula, pelanggan tersebut akan datang terus ke kedai dan sebahagiannya adalah mereka yang lalu-lalang di hadapan kedai tersebut. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Beliau mengenali Pusat Ekonomi Digital Pulai Chondong melalui jemputan menghadiri program pertandingan usahawan yang diadakan disini. Beliau bersama rakan-rakanya hadir ke sini dan menyertai pertandingan usahawan tersebut pada tahun 2020. Beliau diajar menggunakan platform shopee untuk menjual produk tersebut.

 

Nama: Nik Norfazillah binti Nik Razali

Umur : 29 tahun

Ahli   : Jun 2010 

 

Latar belakang

Anak kedua dari 8 beradik selalu datang ke Pedi Pulai Chondong ketika masih belajar di Sekolah Rendah termasuklah ketika belajar di Sekolah Menengah. Kedua-dua buah sekolah ini adalah berdekatan dengan Pedi Pulai Chondong. Ini amat memudahkan beliau untuk berulang-alik dari sekolah ke Pedi Pulai Chondong. Beliau menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang. Kemudian,beliau meneruskan pelajaran di Uitm Puncak Alam dalam bidang rekabentuk grafik.Beliau juga antara ahli pedi yang aktif dan menyertai pelbagai jenis program yang diadakan di Pedi Pulai Chondong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mengenali komputer dan internet semenjak di bangku sekolah lagi. Beliau juga mengikuti kelas Microsoft office, pelbagai jenis program yang dianjuran oleh PEDi Pulai Chondong sekiranya ada kelapangan masa. Tambahan pula, perkampungan beliau masih belum mempunyai kemudahan internet. Oleh sebab itu,ianya memberi kemudahan kepada beliau untuk berulang alik dari rumah ke Pusat Ekonomi Digital. Sekiranya ada permasalahan mengenai ict, beliau akan bertanya dan juga menerima nasihat ict dari petugas PEDi sekiranya terdapat kesulitan tentang teknologi maklumat dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini beliau sudah mahir dengan ict terutama komputer dan internet. Pelbagai perkara dapat beliau lakukan hasil kesungguhan beliau dibantu oleh petugas PEDi Pulai Chondong dari segi kemudahan internet, cetakan dan sebagainya. Kini beliau merupakan seorang pereka grafik berkomputer di RohinaHQ iaitu sebuah syarikat pemasaran kecantikan.  

Nama: Nurizzati binti Mohd Zain

Umur : 27 tahun

Ahli   : September 2009

 

Latar belakang

Perniagaan beliau diperkenalkan oleh ibu saudaranya yang juga menjual produk kosmetik. Bermula dari situ,beliau mengiatkan usaha untuk memajukan perniagaannya dalam bidang kosmetik dan kecantikan. Usahanya ini mendapat dorongan dari suami dan ibu saudaranya. Perniagaan beliau kini semakin maju dan kebanyakan pelanggan dan drioship adalah terdiri daripada rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Perniagaan beliau bermula secara bukan atas talian. Beliau menjual produk tersebut secara bersemuka,rakan-rakan yang rapat dengannya serta ibu saudara yang banyak membantu beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pedi Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook dan jualan shopee sendiri yang dapat mempromosikan produk kosmetik. Pelanggan beliau dari seluruh negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook dan shopee tersebut..Pendapatan bulanan beliau kini mencecah Rm1500 – RM2000.

Nama: Wan Iffa Raziah binti Wan Rosmadi

Umur : 25 tahun

Ahli   : Disember 2014

Latar belakang

Anak ke dua dari 5 beradik selalu datang ke Pedi Pulai Chondong ketika masih belajar di Sekolah Rendah termasuklah ketika belajar di Sekolah Menengah. Kedua-dua buah sekolah ini adalah berdekatan dengan Pedi Pulai Chondong. Ini amat memudahkan beliau untuk berulang-alik dari sekolah ke Pedi Pulai Chondong.Beliau juga antara ahli pedi yang aktif dan menyertai pelbagai jenis program yang diadakan di Pedi Pulai Chondong

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau mengenali komputer dan internet semenjak di bangku sekolah lagi. Beliau juga mengikuti kelas Microsoft office, pelbagai jenis program yang dianjuran oleh PEDi Pulai Chondong sekiranya ada kelapangan masa. Sekiranya ada pertanyaan mengenai ict, beliau akan bertanya dan juga menerima nasihat ict dari petugas PEDi sekiranya terdapat kesulitan tentang komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini beliau sudah mahir dengan ict terutama komputer dan internet. Pelbagai perkara dapat beliau lakukan. Hasil kesungguhan beliau dibantu oleh petugas PEDi Pulai Chondong dari segi kemudahan internet, cetakan dan sebagainya. Beliau kini mampu membantu adik beradiknya sekiranya menghadapi masalah berkenaan ict. Apa yang beliau pelajari, telah banyak membantu beliau dalam kehidupan seharian.

Nama: Nik Muhammad Hasif bin Nik Abdul Aziz

Umur : 23 tahun

Ahli   : Oktober 2014

 

Latar belakang

Semenjak mengenali Pedi Pulai Chondong. Beliau selalu datang kesini bagi mengisi jawatan kosong samada kerajaan atau swasta.Tambahan pula,beliau berminat untuk menyertai program yang dianjurkan di PEDi Pulai Chondong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Banyak perkara yang ingin beliau pelajari. Beliau juga banyak menerima nasihat ict dari petugas PEDi sekiranya terdapat kesulitan tentang komputer dan internet. Beliau juga mengikuti pelbagai jenis program yang dianjuran oleh PEDi Pulai Chondong sekiranya ada kelapangan masa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kini beliau sudah mahir dengan ict terutama komputer dan internet. Pelbagai perkara dapat beliau lakukan. Beliau juga dapat membantu adik beradiknya sekiranya menghadapi masalah berkenaan ict. Apa yang beliau pelajari, telah banyak membantu beliau dalam kehidupan seharian.