Nama: Irwan Sharifuddin bin Mohd Aseri

Umur : 33 tahun

Ahli   : Disember 2016

Latar belakang

Beliau merupakan lepasan Diploma Mekatronik di Politeknik Port Dickson pada tahun 2010. Kemudian beliau bekerja di Company Oil&Gas iaitu MySynergyFactory dari tahun 2010 hingga 2013. Semasa bekerja, telah timbul minat untuk berniaga dan beliau telah belajar bagaimana untuk membuat cendol. Beliau mempelajari cara membuat air batu cendol samada melalui kelas atau melalui orang perseorangan. Tambahan pula, beliau minat berniaga kerana dapat menguruskan masa dan kewangan dengan sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Beliau membuka perniagaan penjualan air batu cendol di Kuala Krai dengan modal sebanyak RM2000.00 pada Disember 2013.Akibat banjir pada akhir tahun 2014, beliau mengalami kerugian sebanyak RM8000.00. Bangkit dari kesan banjir tersebut, beliau telah berpindah ke Kok Lanas dan membuka semula perniagaan tersebut bermodalkan RM8000.00 disamping mencari pendapatan sampingan. Beliau menjual air batu cendol antara harga RM2.50 hingga RM3.50 mengikut saiz dan jenis.Kini, perniagaan beliau telah semakin maju dan memiliki 2 orang pekerja walaupun pernah jatuh akibat bencana alam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Permulaan pembukaan kedai beliau, keuntungan yang beliau perolehi antara RM100-RM200sehari

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Jualan air batu cendol telah diviralkan oleh seorang kawan beliau. Bermula dari sini, beliau mula berjinak-jinak dengan facebook dan fanpages untuk diperkenalkan kepada orang ramai. Beliau selalu mengunjungi Pusat Internet Pulai Chondong bagi menghadiri bengkel serta latihan yang diadakan, penggunaan internet serta berkongsi pandangan untuk memajukan perniagaan.

Nama: Muhammad Fitri bin Zulkifli

Umur : 22 tahun

Ahli : Disember 2011

Latar belakang

Anak kedua dari 2 beradik ini aktif datang dan menyertai pelbagai jenis latihan dan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pulai Chondong antaranya Latihan 1Malaysia, 1Citizen,Intel dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sikap beliau yang suka mencari ilmu dan minat dalam bidang teknologi maklumat telah mendorong beliau datang ke Pusat Internet ketika waktu lapang dan waktu kelas ict yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pulai Chondong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau bermula dari kosong sehingga pandai menggunakan komputer dan internet. Beliau datang ke sini bagi menyiapkan pelbagai tugasan serta bersosial media di internet.

Nama: Ahmad Uzair bin Zulkifli

Umur : 28 tahun

Ahli   : Jun 2019

Latar belakang

En.Ahmad Uzair merupakan seorang pelajar lepasan agama dan mempunyai latar belakang dalam bidang baikpulih komputer. Tambahan pula,minat beliau
dalam bidang baikpulih komputer telah mendorong beliau membuka sebuah kedai baik pulih komputer di Kok Lanas. Nama kedai kedai beliau ialah Ustaz
Laptop Repair.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan beliau adalah sekitar RM1500 hingga RM2000 sebulan dimana pelanggannyya adalah terdiri dari pelajar ipt, orang perseorangan yang mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil perkhidmatan beliau. Beliau juga dapat mempromosikan perkhidmatan beliau melalui FB Live iaitu ustaz laptop. Pelanggan beliau dari seluruh daerah yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

Nama: Pn.Rohani Binti Hamat

Umur : 51 tahun

Ahli   : Mei 2014

Latar belakang

Pn Rohani Hamat dari Hani Collection telah beroperasi lebih dari 2 tahun dan mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan jahitan baju perempuan selama 20 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1200 sahaja sebulan. Pelanggannya terdiri daripada kenalan rapat dan sanak saudara yang mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jahitan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh daerah Pulai Chondong yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM1800.

Nama  : Muhammad Nazrul bin Moh Zaid 

Umur   : 20 tahun

Ahli     : Jun 2017

Latar belakang

Beliau seorang yang peramah dan mudah didekati serta disenangi oleh rakan-rakan. Setelah mengenali Pusat Internet beliau menghadiri pelbagai jenis program yang dianjurkan di Pusat Internet. Pusat Internet  banyak memberi ruang dan peluang untuk beliau mencari maklumat, menyiapkan tugasan dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengenali Pusat Internet, amat susah bagi beliau untuk menyiapkan tugasan dan mencari maklumat. Adakalanya beliau buntu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas dan bimbingan dari Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini mahir mencari maklumat dan menyiapkan pelbagai tugasan dalam masa yang singkat. Selain dapat meningkat kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi.