Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
1.tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
2.bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD;
3.sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh/merawat lepuh;
4.membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
5.memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul;
6.dan membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas;
Antara jenis pengamal perubatan tradisional yang terdapat di Daerah Pulai Chondong:
a) Tukang urut dan bidan kampung:
Kampung Laha,Kampung Dusun Buluh,Kampung Kubang Tebit Hilir,Kampung Kerawang,Kampung Dalam Kerawat,Kampung Alor Melaka,Kampung Cherang, Kampung Pangkal Perahu,Kampung Cherang,Kampung Pangkal Perahu,Kampung Bukit Ajil
b) Penjinak Ular:
Kampung Lubuk Mak Udang
c) Bomoh Makhluk Halus:
Kampung Pangkal Nangka, Kampung Kubang Tebit Hilir
d)Bomoh Patah:
Kampung Kubang Teras, Kampung Lepan Kandis,Kampung Bagan Atas,Kampung Bagan Bawah, Kampung Mata Ayer,Kampung Tengah Mata Ayer
e)Guru Silat:
Kampung Bandar Hulu
Kebanyakan pengamal perubatan hanya dilakukan dirumah sendiri. Bagi mereka yang ingin mendapatkan ubat-ubatan tradisional, mereka perlu dapatkan ubatan tradisonal di rumah mereka. Akan tetapi terdapat juga pengamal perubatan memilih hari untuk mengubat atau menyembuhkan pesakit iaitu dipanggil pantang larang.
Kebanyakan pantang larang ini perlu diikuti semasa proses pemulihan penyakit serta pantang larang ini adalah pantang larang yang tidak bertentangan dengan agama.
KEMUDAHAN KESIHATAN
Penduduk di Daerah Pulai Chondong juga mementingkan kesihatan. Terdapat klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Klinik Swasta di Daerah Pulai Chondong untuk memudahkan masyarakat disini mendapatkan rawatan kesihatan.Kemudahan kesihatan di Daerah Pulai Chondong perlu dimajukan bagi memudahkan penduduk disini mendapatkan rawatan secukupnya.
Bagi penduduk yang berada jauh di pedalaman serta tidak mempunyai pengangkutan untuk mendapatkan rawatan. Terdapat juga rumah-rumah sakit yang disediakan. Antaranya:
KLINIK DESA KAMPUNG MATA AYER
LOKASI : KAMPUNG MATA AYER
SELIAAN : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Alamat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Klinik Desa Kampung Mata Ayer
16600 Pulai Chondong
Machang,Kelantan.
No Tel:09-7870185
KLINIK KAMPUNG BANDAR
LOKASI : KAMPUNG BANDAR
SELIAAN : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Alamat :
Klinik Kesihatan Bandar 16600 Pulai Chondong Machang Kelantan
No Tel:09-7878288
Kemudahan kesihatan swasta juga terdapat di Daerah Pulai Chondong
KLINIK KESIHATAN PULAI CHONDONG
LOKASI : KEDAI PULAI CHONDONG
SELIAAN : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
Alamat :
Kementerian Kesihatan Malaysia
Klinik Kesihatan Pulai Chondong
16600 Pulai Chondong
Kelantan.
Tel: 09-7878333/7878444
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
Unit Pengimejan Diagnostik(X-Ray)
Klinik Pergigian Pulai Chondong
Unit Kemalangan dan Kecemasan