Nama: Norazlin Shuhada Bin Roslan

Umur : 22 tahun

Ahli   : Jun 2013

Latar belakang

Cik Norazlin merupakan anak pertama dalam keluarganya. Beliau diperkenalkan oleh sepupunya untuk datang ke Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong. Beliau melibatkan diri dengan pelbagai jenis aktiviti dan program yang diadakan di Pusat Internet. Beliau juga adalah antara ahli jawatankuasa bagi hari terbuka atau hari bersama yang diadakan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau dari seorang pelajar yang hanya mengenali internet pada asasnya. Pada permulaan beliau hanya mengikut sepupunya datang ke Pusat Internet Komuniti. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia,beliau mengikuti kelas ict yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah tamat belajar di Institut Kemahiran Belia Negara, beliau kini datang mengunjungi Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong untuk mengikuti pelbagai jenis program yang dianjurkan, mengisi jawatan kosong kerajaan,mengambil peperiksaan SPA dan sebagainya.

Nama: Shaiful Anuar bin Ahmad

Umur : 48 tahun

Ahli   : November 2020

Latar belakang

 En.Shaiful amat meminati dalam bidang pertanian. Beliau mengusahakan pelbagai jenis tumbuhan dan sayur-sayuran. Oleh kerana kawasan kebun beliau terdapatnya haiwan-haiwan liar. Beliau mengambil inisiatif untuk memasang pagar elektrik.  Dari situ beliau mendapat idea untuk memajukan perniagaan beliau sekiranya mendapat permintaan dari pelanggan untuk memasang pagar elektrik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum beliau mengenali ICT,kebanyakan pelanggan beliau adalah terdiri dari penduduk kampung dan kawan-kawan yang mengenalinya, Beliau juga mengalami masalah mempromosikan perniagaan dengan lebih meluas. Malahan juga, Pemasangan pagar elektrik ini adalah satu benda baru dan kebanyakan petani masih menggunakan cara tradisional untuk menghalau haiwan-haiwan liar dari memasuki kebun-kebun.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kini beliau mengorak langkah dengan menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan. Kebanyakan pelanggannya adalah dari kawan-kawan  platform media sosial sama ada dari dalam atau luar negeri. Setiap gerak kerja pemasangan  pagar elektrik yang telah siap beliau akan muatnaik di media sosial sebagai tarikan kepada pelanggan sama ada yang lama atau yang baru.

 

Nama: Pn.Saidah Afiqah binti Sulaiman

Umur : 31 tahun

Ahli   : Mac 2021

Latar belakang

Pn Saida Afiqah memulakan perniagaan pada tahun 2017. Selain dari minat berniaga dari rumah disamping dapat menjaga anak-anaknya. Beliau dapat  menambah pendapatan  sendiri dan membantu ekonomi keluarga. Kini beliau mempunyai pelbagai jenis produk sama ada untuk kelengkapan rumah atau kuih muih mengikut citarasa pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum beliau menggunakan platform media sosial untuk menjual pelbagai jenis produk. Beliau hanya menggunakan kaedah secara bersemuka iaitu menjual dari rumah ke rumah. Kebanyakan pelanggan beliau adalah terdiri dari penduduk kampung dan orang berdekatan yang mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kini beliau mengorak langkah dengan menggunakan platform media sosial untuk menjalankan perniagaan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah dari kawan-kawan platform media sosial sama ada dari dalam atau luar negeri. Kini beliau mempunyai anak-anak ejen bagi melariskan perniagaan beliau

 

Nama: Nurul Ain binti Rosly

Umur : 29 tahun

Ahli   : September 2009

 

Latar belakang

Semenjak penubuhan Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong lagi, beliau antara ahli yang aktif .Beliau mengunjungi Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong bagi menyiapkan tugasan,bersosial di internet,mengikuti pelbagai program sejak dari bangku sekolah lagi hingga kini beliau bergelar pelajar lepasan ipt.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau dari seorang pelajar yang hanya mengenali asas internet pada mulanya. Pada permulaan beliau bersama rakan-rakannya datang ke Pusat Internet Komuniti kerana menyiapkan tugasan sekolah.Tambahan pula, sekolah tempat beliau belajar adalah dekat dengan Pusat Internet Komuniti. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia,beliau mengikuti kelas ict yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pulai Chondong

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kini beliau merupakan lepasan ipt, beliau kini datang mengunjungi Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong untuk mengikuti pelbagai jenis program yang dianjurkan, mengisi jawatan kosong kerajaan,mengambil peperiksaan SPA dan sebagainya.

 

Nama: Rahanas binti Abdul Rashid

Umur : 36 tahun

Ahli   : Mac 2008

 

Latar belakang

Cik Rahanas adalah merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertugas di Perpustaakaan Desa dalam daerah Machang. Beliau adalah antara ahli awal yang berdaftar di Pusat Internet Pulai Chondong. Beliau mengunjungi Pusat Internet bagi menyiapkan tugasan,mendapat khidmat nasihat ict dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pada permulaannya,beliau menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasan kerja, tambahan pula perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah membuat beliau menghadapi kesukaran tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui bimbingan ,khidmat nasihat dan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan di Pusat Internet Pulai Chondong. Beliau kini berjaya memajukan diri serta menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dengan baik.