Nama: Nor Azila binti Ramli

Umur : 26 tahun

Ahli   : Ogos 2010

Latar belakang

Semenjak penubuhan Pusat Internet Pulai Chondong lagi, beliau antara ahli yang aktif .Beliau mengunjungi Pusat Internet Pulai Chondong bagi menyiapkan tugasan,bersosial  di internet,mengikuti pelbagai program sejak dari bangku sekolah lagi hingga kini beliau bergelar lepasan ipt.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau dari seorang pelajar yang hanya mengenali internet pada asasnya. Pada permulaan beliau hanya mengikut adik-beradiknya datang ke Pusat Internet. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia,beliau mengikuti kelas ict yang dianjurkan oleh Pusat Internet Pulai Chondong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini beliau merupakan lepasa ipt, beliau kini datang mengunjungi Pusat Internet Pulai Chondong untuk mengikuti pelbagai jenis program yang dianjurkan, mengisi jawatan kosong kerajaan,mengambil peperiksaan SPA dan sebagainya.

Nama: Siti Echah binti Abdullah

Umur : 49 tahun

Ahli   : Julai 2017

 

Latar belakang

Seorang ibu yang sentiasa komited unutk memajukan diri sendiri dengan usaha untuk mendalami dunia IT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau bermula dari kosong hingga menjadi mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.Banyak yang beliau pelajari dari Pusat Internet antaranya melayari internet,email, microsoft office dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kini boleh menggunkan internet sebagai medium promosi dan pemasaran dan mendapat khidmat nasihat ict daripada pusat internet 

Nama: Nor Zuriyana binti Ramli

Umur : 21 tahun

Ahli   : Julai 2016

 

Latar belakang

Semenjak penubuhan Pusat Internet Pulai Chondong lagi,anak ke 9 dari 10 beradik ini selalu mengunjungi Pusat Internet bagi menyiapkan tugasan,mencari maklumat dan mengunakan perkhidmatan lain seperti mencetak,mengimbas dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau bermula dari kosong hingga menjadi mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Banyak yang beliau pelajari dari Pusat Internet antaranya melayari internet,email, microsoft office dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau kini menyambung ke peringkat ijazah di uitm. Jika berkesempatan pulang ke Kelantan. Beliau masih setia mengunjungi Pusat Internet bagi menyesaikan tugasan atau mendapat khidmat nasihat ict. Kadang-kadang juga,beliau sempat meyertai program yang dianjurkan di Pusat Internet.

Nama: Husmizi bin Ibrahim

Umur : 45 tahun

Ahli   : May 2017

 

Latar belakang

En.Husmizi bin Ibrahim merupakan seorang kurang upaya kekal kerana terlibat dalam satu kemalangan yang telah merubah dirinya.Beliau telah membuat wau pada usia belasan tahun lagi Minatnya pada wau telah menjadikan beliau memulakan perniagaan membuat wau.Kemudian beliau mengembangkan perniagaan beliau membuat sarung golok sehingga sekarang. Nama Perkhidmatan:Kraftangan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Beliau hanya menerima tempahan daripada penduduk kawasan sekitar atau orang perseorangan yang mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil kraftangan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh jajahan termasuk dari luar negeri  yang mana mereka mengetahui kraftangan buatan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

Nama: Mohamad Nor Azuan bin Azbi

Umur : 35 tahun

Ahli   : Disember 2016

 

Latar belakang

Minat beliau dalam bidang perniagaan iaitu penyediaan pekhidmatan air bersih mendorong beliau untuk mencuba nasib dalam bidang ini. Tambahan pula,beliau mendapat maklumat mengenai cuckoo ini melalui internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menggunakan pendekatan secara lisan kepada orang ramai bagi menerangkan kebaikan menggunakan perkhidmatan air bersih iaitu cuckoo. Antara pelanggan beliau ialah kenalan rapat dan saudara mara sahaja. Pendapatan beliau perolehi antara RM1000 hingga RM1500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil perkhidmatan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM2500.