Nama: Hasmin Aidil bin Abdul Rahman Umur : 40 tahun Ahli : Mac 2018 |
Latar belakang
Nasi kukus Idi Mache telah ditubuhkan pada Julai 2010. Pada awal pembukaannya, beliau hanya bermodalkan RM500 dan membuka gerai di tepi jalan.Segala kelengkapan dan peralatan memasak beliau meminjam dari orang kampung dan adik beradik. Nasi kukus ayam adalah salah satu hasil idea ciptaan beliau untuk dijual di Machang. Ini kerana pada ketika itu tiada lagi nasi kukus di Machang dan ramai orang akan pergi ke Tanah Merah untuk dapatkannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum diperkenalkan melalui internet, Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah dari sekitar Bandar Machang dan orang yang mengenali beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau mempromosikan nasi kukus melalui media sosial, peningkatan dari segi pelanggan semakin ramai bukan sahaja dari sekitar Machang malah dari jauh datang untuk merasai nasi kukus beliau. Kini pendapatan beliau meningkat antara RM1000-RM2000 sebulan