Nama: Husmizi bin Ibrahim Umur : 45 tahun Ahli : May 2017 |
Latar belakang
En.Husmizi bin Ibrahim merupakan seorang kurang upaya kekal kerana terlibat dalam satu kemalangan yang telah merubah dirinya.Beliau telah membuat wau pada usia belasan tahun lagi Minatnya pada wau telah menjadikan beliau memulakan perniagaan membuat wau.Kemudian beliau mengembangkan perniagaan beliau membuat sarung golok sehingga sekarang. Nama Perkhidmatan:Kraftangan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Beliau hanya menerima tempahan daripada penduduk kawasan sekitar atau orang perseorangan yang mengenali beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil kraftangan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh jajahan termasuk dari luar negeri yang mana mereka mengetahui kraftangan buatan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.