Nama : Muhammad Nazrul bin Moh Zaid
Umur : 20 tahun
Ahli : Jun 2017
Latar belakang
Beliau seorang yang peramah dan mudah didekati serta disenangi oleh rakan-rakan. Setelah mengenali Pusat Internet beliau menghadiri pelbagai jenis program yang dianjurkan di Pusat Internet. Pusat Internet banyak memberi ruang dan peluang untuk beliau mencari maklumat, menyiapkan tugasan dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum mengenali Pusat Internet, amat susah bagi beliau untuk menyiapkan tugasan dan mencari maklumat. Adakalanya beliau buntu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas dan bimbingan dari Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini mahir mencari maklumat dan menyiapkan pelbagai tugasan dalam masa yang singkat. Selain dapat meningkat kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi.