Nama: Rohani binti Abdul Razak
Umur : 52 tahun
Ahli : Disember 2013
Latar belakang
Beliau merupakan seorang ibu tunggal mempunyai 3 orang anak. Beliau berpengalaman sebagai seorang tukang jahit selama lebih 20 tahun. Pada permulaannya,beliau mengikuti kursus menjahit anjuran risda kemudian mengikuti kursus anjuran kemas selama 2 tahun. Selepas itu,beliau mula menerima tempahan jahitan pakaian dengan orang ramai
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan beliau permulaan adalah sekitar RM700 hingga RM1000 sebulan. Pelanggan yang datang ke kedai beliau adalah pelanggan tetap dan jumlahnya amatlah terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan dan program-program yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jahitan beliau . Pelanggan beliau bukan sahaja dari pelanggan tetap malah pelanggan beliau yang membuat tempahan baju adalah luar dari daerah Pulai Chondong. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2000 sebulan.