Nama: Muhammad Nazaruddin bin Mohd Zawawi

Umur : 35 tahun

Ahli   : Okt 2020

Latar belakang

Beliau memulakan perniagaan pada Januari 2017 dimana beliau berjinak-jinak dalam perkhidmatan pemasangan air tersebut. Pada permulaannya beliau hanya membuat pemasangan penapis air hanya di sekitar kawasan berdekatan dengan rumahnya. Ini kerana permintaan pemasangan penapis air adalah tinggi pada waktu tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah itu, permintaan pemasangan semakin berkurang oleh kerana beliau hanya menumpukan perkhidmatannya hanya di kawasan sekitar sahaja. Pendapatan beliau antara RM1500 hingga RM2000. Kebanyakan pelanggan adalah dari kawasan sekitar dan orang yang mengenali beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil perkhidmatan  dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Kelantan  yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.