Nama: Pn.Saidah Afiqah binti Sulaiman Umur : 31 tahun Ahli : Mac 2021 |
Latar belakang
Pn Saida Afiqah memulakan perniagaan pada tahun 2017. Selain dari minat berniaga dari rumah disamping dapat menjaga anak-anaknya. Beliau dapat menambah pendapatan sendiri dan membantu ekonomi keluarga. Kini beliau mempunyai pelbagai jenis produk sama ada untuk kelengkapan rumah atau kuih muih mengikut citarasa pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum beliau menggunakan platform media sosial untuk menjual pelbagai jenis produk. Beliau hanya menggunakan kaedah secara bersemuka iaitu menjual dari rumah ke rumah. Kebanyakan pelanggan beliau adalah terdiri dari penduduk kampung dan orang berdekatan yang mengenali beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Kini beliau mengorak langkah dengan menggunakan platform media sosial untuk menjalankan perniagaan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah dari kawan-kawan platform media sosial sama ada dari dalam atau luar negeri. Kini beliau mempunyai anak-anak ejen bagi melariskan perniagaan beliau