Nama: Noor Haswan bin Noor Azman Umur : 34 tahun Ahli : Jan 2017 |
Latar belakang
En.Noor Hazwan memulakan perniagaan sebagai jurugambar pada November 2015. Anak ke 2 dari 3 beradik sudah 2 tahun menjalankan perniagaan. Beliau membuat perkhidmatan mengambil gambar untuk semua jenis majlis serta nama perniagaannya ialah akids photography.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 sahaja sebulan. Kebanyakan pelanggan adalah dari orang-orang yang dikenali sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pulai Chondong, beliau kini telah memiliki facebook dan pages sendiri yang dapat mempromosikan hasil kerja tangan beliau. Pelanggan beliau adalah mereka yang mengetahui perkhidmatan yang dipaparkan melalui facebook dan pages tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.