Tarikh : 7 September 2019
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Pusat Internet Pulai Chondong
Peserta : 3 orang
Tujuan:
Memberi tunjukajar bagaimana memuatnaik produk ke laman web mudah.my
Aktiviti:
Peserta perlu menyediakan gambar produk, harga yang ingin dijual serta menerangkan keadaan barangan atau produk tersebut. Kemudian memuat naik gambar barangan atau produk di Mudah.my serta menyediakan no tel atau whatsapp yang boleh dihubungi oleh pembeli. Setelah itu,barangan tersebut akan dipaparkan di Mudah.my
Tarikh : 1 Ogos 2019
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Internet Pulai Chondong
Peserta : 9 orang
Tujuan:
Memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan excel untuk membuat pengiraan bagi penyata pendapatan,kunci kira-kira dan sebagainya.
Aktiviti:
Peserta akan diajar bagaimana microsoft excel bekerja. Kemudian peserta akan diajar bagaimana menggunakan fungsi –fungsi pada excel seperti membuat jadual, memasukkan baris dan petak serta membuat pengiraan menggunakan sum,average dan sebagainya.
Tarikh : 6 Julai 2019
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Pusat Internet Pulai Chondong
Peserta : 6 orang
Tujuan:
Memberi tunjuk ajar bagaimana media sosial membantu untuk berhubung dengan orang yang jauh, mendapatkan maklumat yang sahih,mencari resipi dan menjual produk secara atas talian.
Aktiviti:
Peserta perlu log masuk mana-mana media sosial seperti facebook,twitter,instagram dan lain-lain. Peserta akan ditunjukkan cara mendapatkan resipi masakan,menentusahkan maklumat yang tepat dan sahih serta cara menjual produk secara atas talian.
Tarikh : 1 Ogos 2019
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 tengahhari
Tempat : Pusat Internet Pulai Chondong
Peserta : 6 orang
Tujuan:
Memberi tunjuk ajar bagaimana membuat origami kertas melalui youtube.
Aktiviti:
Pelajar-pelajar dari Tadika Sri Gading1,Pulai Chondong akan diberikan kertas segiempat sama. Tutorial origami kertas akan dipertontonkan kepada pelajar-pelajar tersebut melalui youtube.Kemudian pelajar-pelajar tersebut akan membuat rekabentuk origami mengikut video yang dipertontonkan dan dibantu oleh seorang guru tadika,seorang pembantu guru dan 2 orang petugas Pusat Internet.
Tarikh : 4 Julai 2019
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Internet Pulai Chondong
Peserta : 9 orang
Tujuan:
Peserta akan diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan microsoft office tanpa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan.
Aktiviti:
Peserta akan diajar bagaimana microsoft office ini bekerja. Kemudian peserta akan diajar bagaimana menggunakan kekunci pintasan pada keyboard bagi mempercepatkan proses menaip seperti ctrl c,ctrl v dan sebagainya.